BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 3, 2010

SAYANG......

Siapakah
yang datang memberi salam pertama
yang datang menyinari kegelapan semlmku
Siapakah
yang menguntum senyuman manis
yang menceriakan suasana hidupku
Yang ku tahu
hanya dirimu
tiada yang lain selain dirimu
yang datang ke dalam hidupku
dan mencuri isi hatiku
membuatkan aku terkapar2 dalam lautan cintamu
namun segalanya berubah
rentetan peristiwa itu
dikau menjadi insan lain
terasa dirimu seringkali mencuba
untuk menjauhkan dirimu dariku
walau aku cuba mengubah segalanya
namun,
dikau tetap tidak berganjak
kini daku sedar akan kesalahanku
kerana peristiwa itu telah dikau terluka
dan memendam seribu duka
tetapi
ketahuilah sayang
kini ku sudah berubah
dikau telah menyedarkan daku
tentang kesucian cinta
yang harus dipelihara
acap kali dikau tersenyum padaku
namun
segalanya kulihat eperti terpaksa
mungkinkah aku melakukan kesilapan sekali lagi
ahh...aku tidak mengerti
kerana
dikau tidak pernah mencurahkan isi hatimu kepadaku
agar daku tahu
apa yang bermain difikiranmu
Sayang
bilakah semua ini akan berakhir??
adakah ia akan berakhir dengan perpisahan??
atau kita kembali bersama seperti dahulu??
kadangkala
aku sering tertanya-tanya
adakah aku sudah terlewat untuk memilikimu?
apakah didalam hatimu itu sudah ada penggantiku..
terus terang lah sayang....
aku menunggumu..



0 comments: