BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 3, 2010

kau kekasihku

Hadirmu bagai sinar mentari pagi.Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui.Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjarakan jiwaku dalam sepi.Terasa kini bahagia ada dimana-mana.Hanya dirimu yang bertakhta dihatiku.
Pandanglah kedalam mataku..Selamilah jauh hingga kedasarnya.Pastinya yang akan kau lihat adalah rinduku terhadap dirimu.Tapi,apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya??Zachey...hatimu sebenarnya untuk siapa??Mengapakau terus membisu disaat aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri??Aku tahu cintaku berbalas,tapi mengapa tak pernah sekali pun kau melafazkannya??
aku tahu perkahwinan bukan janji syurga..bukan janji bahagia,tatapi sepenuh hati dah jiwa aku pertaruhkan.aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia,tetapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna.Reaksimu dingin dan beku.Menghampakan.Melontar diriku kelembah nestapa.
sungguh kesucianku tak tercela,tapi...aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu menyentuhku??aku ibarat musafir dipadang pasir yang dahagakan kasih sayangmu.Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu.Zachey...mengapa hubungan kita aneh sebegini??aku tak mengerti sandiwaramu..Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri??
ah,lelaki....apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan???Dan perempuan pula,selama mana pula harus membiarkan hati terus terluka??????????

0 comments: